Bismillahirrahmanirrahim, segala puji
bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani buat hamba-hambanya.
Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda
dan sekalian para sahabat baginda.
Saya merafakkan setinggi-tinggi syukur ke
hadrat Allah kerana dengan izin dan pertolongan dari Nya dapat saya menyiapkan
tugasan yang diberikan kepada saya iaitu
berkaitan pendidikan sirah nabi saw dan perkara yang berkaitan dengannya pada kali ini. Pada saya, tugasan kali ini
amat menarik dan sangat bermanfaat buat para pelatih guru yang bakal menjadi
guru di sekolah-sekolah pada masa yang akan datang. Saya dapat mengetahui
tentang cabaran yang dihadapi oleh nabi dan para sahabat baginda yang telah
bersusah payah demi memastikan kelangsungan Islam melalui pendidikan yang
berkualiti terutamanya akhlak terus berkekalan di negara ini. Tidak dinafikan
setiap sesuatu tugasan ada cabaran yang tersendiri yang perlu dihadapi dengan
penuh kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Kita juga tidak boleh hanya
memikirkan sesuatu untuk kepentingan diri tanpa memikirkan bagaimana cara yang
selayaknya untuk memberi kebaikan dan manfaat buat semua terutamanya mereka
yang terlibat dengan masalah sosial pada hari ini.
Dalam memenuhi tugasan ini, saya telah
berkunjung ke pusat sumber institut untuk mencari maklumat yang berkaitan.
Tugasan ini pada saya agak mencabar kerana memerlukan kami untuk mencari
maklumat berkaitan dengan kajian sejarah hidup Nabi Muhammad saw yang merupakan
sebaik-baik makhluk yang dicipta oleh Allah swt dan perkara yang berkait
dengannya sama ada yang berkaitan dengan kajian-kajian ilmiah atau
sumber-sumber daripada tokoh yang mempunyai kepakaran berkaitan sejarah
kehidupan baginda saw. Kehidupan Nabi saw yang mana kita ketahui adalah
kompleks yang mana ianya adalah perkara yang bersifat seni dan memerlukan
kajian dan penelitian yang tinggi demi memastikan tiada unsur penyelewengan
dalam mencerita dan memberitakan sejarah hidup baginda Nabi saw secara
menyeluruh dan tidak boleh ditulis mengikut kehendak hati dan hawa nafsu tanpa
berdasarkan fakta yang kuat kerana akan menyebabkan dimurkai oleh Allah swt.
Walau bagaimanapun, saya dan rakan-rakan menyahut cabaran ini bagi membuktikan
yang kami juga mampu untuk menyelesaikan tugasan ini walaupun kami masih dikira
berada di peringkat permulaan dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari.
Setiap sesuatu yang saya dapat dalam menjalankan tugasan ini amat bermakna dan
dapat saya aplikasikan dalam kehidupan saya terutamanya berkaitan perkara-perkara
asas dalam sirah nabawiyah. Jelas kepada kita sebagai manusia, pelajaran sirah
nabi adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan. Oleh yang demikian, kita
perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam mengambil contoh daripada baginda
saw untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebagai hamba
Allah swt.
Tugasan ini sedikit sebanyak memberikan
saya ilmu dan pendedahan tentang perjuangan baginda saw dan para sahabat dalam
memperjuangkan kebenaran Islam sehinggalah Islam dapat berdiri kukuh pada hari
ini. Saya dapat memahami yang sirah boleh dimanfaatkan dalam situasi sebenar
yang mencabar pada masa kini. Sebagai seorang pelatih guru, ilmu dan
pengetahuan sebegini amat bermanfaat sebelum saya memulakan karier dalam bidang
pendidikan. Saya berpendapat tugasan sebegini adalah satu anugerah yang
bernilai kepada saya dalam mencorak keperibadian diri untuk berhadapan dengan masyarakat
khususnya masyarakat pelajar di sekolah. Tanpa persediaan yang rapi, saya
mungkin akan kekurangan dari aspek agama dan sosial yang diperlukan dalam
menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul di sekolah. Saya bersyukur kerana
masih diberi ruang dan peluang untuk mengkaji dan memahami agama ini dalam
keadaan semua orang sibuk dengan pelbagai perkara yang lain.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing, Ustaz Mohd Hafedz bin Salleh yang banyak
membantu saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini. Segala perhatian
dan sikap ambil berat tuan hanya Allah swt yang mampu membalasnya dan saya
doakan moga tuan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Nya. Tidak saya lupakan
kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagian saya,
tanpa mereka siapalah saya di dunia yang serba kekurangan ini. Seterusnya
rakan-rakan seperjuangan yang memberi kerjasama yang baik sepanjang menjalankan
tugasan ini. Saya juga mengucap ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Semoga
kebaikan akan terus mendapat tempat dalam hati-hati manusia. Sekian, terima
kasih.
Mohammad Azhar bin Rasli -PISMP Sem 3 (Pi/Bi/Ba 2)
No comments:
Post a Comment