Selamat Datang

Sirah Nabawiyah

Sunday, 14 April 2013

Ustaz Don saran sayangi Rasulullah


SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
5 Februari 2012
Ustaz Don
$entry.content.caption.value
Hari ini, seluruh umat Islam meraikan salah satu hari penting dalam kalendar Islam iaitu sambutan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Mengangkat tema Persefahaman Asas Perpaduan Ummah, sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan juga dipenuhi dengan pelbagai acara perarakan, ceramah dan sebagai­nya.

Seperti yang diketahui, sesiapa yang mengadakan atau menghadiri majlis memperingati keputeraan baginda atau Maulidur Rasul, pasti akan dikurniakan banyak kelebihan dan keistimewaan daripada ALLAH SWT.

Jika disoroti kembali sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam menegakkan kebenaran agama Islam, Baginda terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan liku.

Namun, ia sedikit pun tidak menjadi halangan buat kekasih ALLAH SWT itu, sebaliknya Baginda terus menyebarkan syiar Islam.

Sebagai umat nabi terakhir, kitalah yang perlu meneruskan perjuangan Rasulullah dengan menjadikan keperibadian Baginda sebagai ikutan.

Bagi personaliti TV Alhijrah, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, tiada insan lain yang wajar dijadikan contoh dalam kehidupan seharian umat Islam melainkan Rasulullah SAW.

Lebih mesra disapa dengan panggilan Ustaz Don, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai satu misi yang ingin dicapainya.

Tidak lain tidak bukan ialah dia mahu semua orang menyayangi dan mencontohi Nabi Muhammad SAW.

Pasti ada segelintir pihak yang memandang sinis misi mulia yang ingin dilaksanakan pendakwah muda ini dengan berpandangan sang empunya diri sendiri belum sempurna.

Namun, demi rasa cinta terhadap Rasulullah SAW, Ustaz Don tidak menganggapnya sebagai batu penghalang.

“Benar, saya juga seperti insan lain yang tidak sempurna dan tidak terlepas daripada melakukan dosa.

“Namun, adakah insan seperti saya tidak berpeluang untuk mengajak orang lain berbuat kebaikan? Dalam konteks ini, adalah untuk mengajak masyarakat mencontohi Rasulullah SAW,” katanya.

Menurut Ustaz Don, dalam melaksanakan matlamatnya itu, dia sentiasa berpegang kepada firman ALLAH SWT yang bermaksud; ‘Bersegeralah kamu berbuat baik’.

“Saya mengakui, saya sendiri belum mampu mengikut semua sunnah Rasulullah SAW. Namun, kalau hendak tunggu saya sempurna barulah boleh mencontohi Nabi Muhammad SAW, sehingga kiamat pun saya tidak akan sempurna.

“Biarlah apa orang kata, saya tetap akan mengajak masyarakat untuk menyayangi Baginda. Insya-ALLAH, dengan berbuat demikian, 100 kali Rasulullah SAW sayangkan kita,” katanya.


Mulakan dengan selawat

Menurut Ustaz Don, mengenali dengan lebih dekat keperibadian Rasulullah SAW ibarat pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta.

Malah, tiada istilah terlewat untuk seseorang itu untuk menyemai perasaan sayangkan Nabi Muhammad SAW. Dengan langkah permulaan seperti berselawat, pasti perasaan itu akan terus mekar di dalam diri kita.

“Umpama sebuah pintu di sebuah rumah, ia hanya dapat dibuka dengan kunci yang betul. Begitu juga dengan pintu hati kita. Mulakanlah dengan berselawat ke atas Rasulullah SAW, kerana selawat itu merupakan kunci untuk membuka pintu hati.

“Apabila kita berjaya memupuk perasaan cintakan Rasulullah SAW melalui selawat, pasti seterusnya tidak sukar bagi kita untuk melaksanakan sunnah Baginda,” katanya.

Bagi ibu bapa, menurut Ustaz Don, mereka perlu menjadi contoh kepada anak-anak dalam usaha menerapkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW sejak kecil lagi.

“Jika ibu bapa sendiri menunjukkan keperibadian yang baik, anak-anak yang melihat setiap perlakuan ibu bapa pasti akan mengikutnya.

“Tiada gunanya jika kita asyik menyuruh anak-anak mencontohi Rasulullah SAW, sedangkan sebagai ibu bapa kita sendiri tidak mengikutinya,” katanya.

Selain contoh daripada ibu bapa, Ustaz Don berkata, cara terbaik untuk mendidik golongan remaja pula adalah melalui ilmu.

“Sekiranya penerangan kita tidak disertakan fakta, mungkin sukar bagi mereka mendapatkan gambaran.

“Apabila ada fakta, barulah mereka jelas dan lebih mudah untuk mengaplikasikan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian,” katanya.

Adab berbuka cara Rasulullah SAW


BAHRAIN SAMAH, RH (AHG)
24 Julai 2012
Adab berbuka cara Rasulullah SAW
Rotab dan kurma menjadi pilihan Rasulullah SAW untuk berbuka puasa
Antara tujuan berpuasa adalah agar Muslim dapat berasakan kesukaran yang dilalui fakir miskin yang benar-benar kekurangan makanan.

Jadi puasa sepatutnya bukan setakat berlapar dan dahaga hanya pada siang hari namun sepanjang hari. Ini bermakna jika berbuka puasa, makan sepatutnya secara ala kadar. Bukan selagi boleh muat perut.

Puasa Ramadan adalah tuntutan syariat di mana turutannya ialah yang ketiga selepas mengucap dua kalimah syahadah dan solat lima waktu.
Rukun Islam adalah pelengkap kepada Rukun Iman di mana kedua-duanya wajib difahami dan dipraktikkan secara bersungguh-sungguh.

Sebagai Muslim yang mengaku beriman dan cintakan ALLAH SWT, sewajarnya contohi sunnah Rasulullah SAW.
ALLAH berfirman yang bermaksud: “Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mengasihi dan mengampuni dosa-dosa mu.’ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran: 31)
Ibnu Katsir (701-704H) mentafsir ayat ini dalam kitab tafsirnya Tafsir Ibnu Katsir dengan menyatakan, “Ayat ini menjadi bukti, “Siapa saja yang mengaku mencintai ALLAH SWT, namun ia tidak berjalan sesuai dengan jalan yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW, maka orang tersebut hanya berdusta saja. Dirinya diakui benar-benar mencintai ALLAH, tatkala dia mengikuti ajaran yang dibawa Muhammad SAW, baik dalam perkataan, perbuatan, dan persetujuan beliau SAW.”

Islam utamakan kualiti

Sesungguhnya Islam mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Ibadah berkualiti hanya boleh didapati dengan menuruti perintah dan larangan ALLAH SWT dan sunnah Rasulullah SAW.

Muslim yang memiliki akal yang sihat sewajarnya membandingkan sesuatu ibadah yang dipelajari daripada ustaz, tok imam atau buku dengan hadis sahih yang membicarakan ibadah berkaitan sesuatu perkara. Hadis tersebut boleh dipelajari dengan guru berkelayakan dalam bidang berkaitan.
Kitab Nailul Authar (172 - 250H) susunan Imam Syaukani adalah kitab yang sesuai dijadikan bahan rujukan untuk perkara berkaitan ibadah dari bab air, solat, puasa dan seterusnya kerana ia mengandungi hadis yang secara keseluruhannya berdarjat sahih sungguh pun terdapat beberapa derajat hadis yang diperdebatkan ulama.   

ALLAH SWT berfirman maksudnya “Dan sesiapa yang taat kepada ALLAH dan Rasul-Nya, akan dimasukkan ALLAH ke dalam syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, dan itulah kejayaan yang amat besar.” (Surah An-Nisaa' : 13)

“Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya dia telah taat kepada ALLAH, dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka maka (janganlah berdukacita wahai Muhammad), kerana kami tidak mengutus mu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka daripada melakukan kesalahan).” (Surah An-Nisaa' : 80)

Maksudnya sesiapa yang taat kepada Rasulullah SAW secara automatik mereka taat kepada ALLAH SWT.

Jadi, seseorang yang mengaku beriman sewajarnya menuruti sunnah Rasulullah SAW, bukan setakat ikut cakap-cakap ustaz itu atau tok imam ini.

Setiap pelajaran ugama berkaitan ibadah yang diajar mereka yang bukan berstatus rasul ini (dan tidak maksum) sewajarnya dibandingkan dengan perintah atau larangan ALLAH SWT dan sunnah Rasulullah SAW menggunakan hadis sahih sebagai neraca. Jika benar menurut kedua-dua sumber itu ambil dan amalkan.Jika tidak, maka tinggalkan sahaja.

ALLAH SWT berfirman maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah ALLAH dan taatlah Rasul-Nya dan Ulil-Amri (Pemimpin) kalangan kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah kepada ALLAH dan Rasul-Nya, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagi mu), dan lebih baik akibatnya.” (Surah An-Nisaa : 59)

ALLAH SWT secara tegas berfirman maksudnya: “Dan apa jua perintah yang dibawa Rasulullah SAW kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. (Surah al-Haysr: 07)

Amalan ketika berbuka

Berikut adalah beberapa adab yang dipraktikkan Rasulullah SAW ketika berbuka puasa yang penulis kaitkan dengan isi artikel ini. Rasulullah SAW menyegerakan berbuka puasa.

Rasulullah SAW bersabda, “Manusia itu sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW berdoa ketika berbuka, baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya doa orang yang berpuasa itu tidak tertolak ketika dia berbuka.” (Ibnu Majah)

Menurut hadis sahih, Baginda juga baca bismillah sebelum makan dan membaca doa setelah selesai makan. Baginda berbuka dengan makanan yang mudah dimakan dan mudah dicerna.

Daripada Anas RA berkata, "Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji rutab (tamar basah) sebelum solat, jika tiada rutab Baginda berbuka dengan tamar, dan sekiranya tamar tiada baginda akan berbuka dengan air." (Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi. Kata Tirmidzi ia hadis hasan]

"Rasulullah SAW menyegerakan solat maghrib berdasarkan apa yang dinyatakan dalam hadis di atas iaitu baginda berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum solat.

Jika makanan telah dihidangkan? Menyentuh hal ini baginda bersabda, “Apabila dihidangkan makanan maka mulailah dengannya (makanan itu) sebelum kamu solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika makan." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang berbuka dengan rutab, tamar atau air dan terus solat dan terus solat maghrib sedangkan makanan telah terhidang dikatakan oleh ulama yang mengamalkan sunnah di atas sebagai pengamal bidaah iaitu tidak mengikuti contoh yang ditunjukkan Rasulullah SAW. '

Mengenai kuantiti makanan memadai seseorang menuruti hadis ini yang menunjukkan adab/akhlak baginda yang tinggi, Baginda bersabda yang bermaksud: "Tidaklah anak Adam itu mengisi satu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.

Sudah cukuplah bagi anak Adam itu dengan beberapa suap (makanan) yang dapat meluruskan tulang belakangnya (sekadar memberi tenaga), jika tidak boleh, maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk pernafasan." (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi. Kata al-Tirmizi: hadis hasan sahih)

Fikir-fikirkanlah setakat mana iman kita kepada Rasulullah SAW. Adakah kita benar-benar menuruti sunnahnya, beribadah secara berlebihan dengan melakukan bidaah atau meremehkan sunnahnya?

Tarik balik filem hina Rasulullah


SYAIRI SHAARI
15 September 2012
Tarik balik filem hina Rasulullah
Sebahagian jemaah yang menyertai Himpunan Munajat dan Membantah terhadap tayangan video yang menghina Nabi Muhammad SAW, semalam.
GOMBAK - Pemuda Pas Pusat akan melancarkan Himpunan Sejuta Umat di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat sekiranya kerajaan berkenaan tidak mengambil langkah meredakan kemarahan umat Islam berikutan penayangan filem menghina Nabi Muhammad SAW pada 2 Julai lalu.

Setiausaha Agungnya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, Dewan Pemuda Pas Pusat mendesak kerajaan Amerika Syarikat (AS) supaya menarik balik penerbitan filem berjudul Innocence of Muslims oleh Sam Bacile yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

“Pemuda Pas memberi isyarat sekiranya isu ini tidak ditangani, perhimpunan sejuta umat Islam akan bangkit di hadapan kedutaan tersebut pada Jumaat depan,” katanya ketika ditemui pada Himpunan Munajat dan Membantah terhadap tayangan filem yang menghina peribadi sebenar Nabi selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Al-Amaniah, Batu Caves, semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia, Ridhuan Mohd Noor; Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohd; Ketua Pemuda Pas Selangor, Hasbullah Ridhuan dan Yang Dipertua Pas Gombak, Salehuddin Mohd Nasir.

Kira-kira 300 umat Islam menyertai perhimpunan tersebut yang antaranya melaungkan sanggup mati syahid dan bermandi darah demi mempertahankan Islam dan Rasulullah.

Jiwai kasih sayang Rasulullah SAW


DR ASYRAF WAJDI DUSUKI 
23 Januari 2013
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Maulidur Rasul yang bakal disambut esok pastinya mempunyai makna besar untuk direnungi umat Islam, khususnya di Malaysia. Apatah lagi ia diadakan dalam suasana rakyat sedang hebat berteka-teki tarikh pilihan raya yang hakikatnya terasa hangat suhu ketegangan dan pertelingkahan emosi.

Apa yang pasti sambutan tarikh kelahiran Nabi SAW bukanlah sekadar upacara rutin tahunan dengan laungan selawat tanpa makna dan erti.  Sebaliknya Maulidur Rasul harus dihayati dalam konteks lebih luas merangkumi agenda pembentukan peribadi umat cemerlang dan gemilang berteraskan model keperibadian dan kejiwaan Rasulullah SAW.

Dalam penulisan kali ini, penulis berkecenderungan menyingkap jiwa kasih sayang yang merupakan salah satu ciri terpenting keperibadian Nabi. Malah sifat kasih sayang yang menerasi jiwa dan akhlak Nabi SAW sering diulang-ulang dalam al-Quran. ALLAH berfirman: Muhammad itu utusan ALLAH dan orang bersama dengannya adalah keras terhadap orang kafir (yang bermusuh dengan Islam) tetapi berkasih sayang sesama mereka. (Al-Fath: 29).

Dalam ayat lain ALLAH sekali lagi menekankan jiwa kasih sayang Nabi SAW: Telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu, sangat mengambil berat dia terhadap sesuatu yang mendatangkan mudarat kepada kamu, amat sangat menginginkannya semua perkara yang baik bagi kamu dan kepada orang mukmin amat sayang baginda terhadap mereka. (At-Taubah: 128).

Dalam kedua-dua ayat di atas, al-Quran menggunakan perkataan ‘Rauf’ dan ‘Rahim’ untuk menegaskan maksud kasih sayang yang menerasi keperibadian Nabi, terutamanya dalam hubungan sesama golongan yang beriman.

Dalam sesetengah tafsir seperti Tafsir Ibn Kathir, perkataan ‘Rauf’ ini disebut sebagai ‘Shiddatur Rahmah’ atau kasih sayang yang mencapai tahap tertinggi berteraskan keimanan seutuhnya kepada ALLAH.

Ini bermakna kasih sayang dalam pengertian hubungan sesama umat Islam diikat atas asas keimanan dan ketakwaan kepada ALLAH SWT semata-mata. Malah perkataan Ar-Rauf dan Ar-Rahim sendiri merupakan sebahagian daripada nama-nama ALLAH yang membawa makna Maha Pengasih dan Penyayang.

Sebab itulah dakwah Nabi SAW sendiri bermula dengan menzahirkan budaya kasih sayang sebagai asas terpenting pembentukan umat Islam yang hebat. Malah aspek kasih sayang merupakan elemen terpenting yang memperkuat dan memperteguh umat Islam hingga mampu membina tamadun umat yang hebat pada suatu ketika.

Sebaliknya apabila nilai kasih sayang dipinggirkan sedang sifat benci dan dendam yang lebih membudaya dan mengakar, maka dengan sendirinya kekuatan umat Islam akan melebur. Sejarah jelas membuktikan bagaimana tamadun Islam akhirnya hancur sama sekali lantaran serakah manusiawi yang membelakangi nilai kasih sayang sesama umat.

Persoalannya, apakah budaya kasih sayang masih membudaya dalam diri umat Islam Malaysia ketika ini? Atau apakah dunia politik umat kini sedang mengalami krisis kekeringan makna dan kegersangan nilai kasih sayang hingga menggejalanya budaya dendam dan benci yang membinasakan?

Hakikat yang sukar untuk dinafikan, budaya dendam dan benci masih kekal membarah dalam diri penggiat-penggiat parti politik. Malah kepentingan merebut kuasa sering kali menjadikan ahli-ahli parti hilang pertimbangan rasional.

Ramai ahli politik Islam sendiri ikut hanyut dalam arus budaya dan amalan politik Machiavelli yang menghalalkan segala cara demi mencapai cita-cita. Perlakuan seumpama ini jelas membelakangkan prinsip akhlak dan nilai keagamaan.

Pilihan raya misalnya tidak lagi dijadikan alat, malah dalam banyak keadaan, sistem demokrasi pilihan raya dipertuhankan dengan harapan kuasa dapat dikecap dengan apa cara sekalipun.

Dengan menggejalanya budaya politik yang mengalami pendangkalan nilai dan etika kini, pastilah ia mudah menghakis jati diri dan membunuh idealisme perjuangan sejati. Penyimpangan budaya politik ini jugalah yang sering membelakangi prinsip kasih sayang hingga menggejala budaya politik berasaskan kebencian pastinya mampu meleburkan perpaduan dan memporak-perandakan negara.

Justeru, kehidupan politik umat harus segera diselamatkan sebelum terlambat. Amalan berparti dan berpolitik yang ada memerlukan usaha pendewasaan agar umat tahu batasan dan sempadannya di samping meletakkan asas agama dan akhlak sebagai teras dalam apa jua bentuk percaturan.

Harga dan nilai bangsa hanya mampu dimartabatkan apabila kita benar-benar menjiwai nilai dan prinsip Islam, sekali gus membudayakan kasih sayang sebagaimana keperibadian junjungan.

Bacaan cara Rasulullah SAW, sahabat


SYAHIDATUL AKMAL DUNYA
1 Mac 2013
Syeikh Solah Khalifa
Syeikh Solah Khalifa
sekadar gambar hiasan
Pelajarilah cara bacaan al-Quran yang sebetulnya kerana ia perlu dan wajib bagi kita umat Islam. - Gambar hiasan
AL-QURAN, diturunkan daripada ALLAH SWT kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW untuk menjadi petunjuk umat Muhammad dalam mengemudi kehidupan seharian Muslim itu.

Menelusuri sejarah penurunan al-Quran, terdapat banyak pandangan ulama mengenainya, namun yang jelas al-Quran melalui tiga peringkat iaitu pertama; turun ke loh mahfuz dengan jumlah yang satu, kedua; turun ke baitil izzah di langit dunia dengan jumlah yang satu dan ketiga; turun dari langit dunia ke bumi kepada Nabi ALLAH SWT secara berperingkat dalam tempoh 23 tahun.

Sempena Maulidur Rasul lepas, pentafsir al-Quran sedunia merangkap pensyarah di Universiti Mu’tah, Jordan, Syeikh Solah Khalifa Muhammad Khalifa didatangkan khas oleh Universiti Antarabangsa Madinah (Mediu) bagi menerangkan secara tepat mengenai cara mengenali bacaan (qiraat) berdasarkan pembacaan Nabi SAW dan para sahabat Baginda.


Pengertian qiraat al-Quran

Syeikh Solah Khalifa menerangkan sejelasnya pengenalan, sejarah dan kaedah pembacaan Riwayat Hafsin ‘an Aa’sim dan  Riwayat Syukbah serta bagaimana untuk mengetahui qiraat al-Quran merangkumi selain daripada yang sering digunakan di Nusantara.

“Secara etimologi, perkataan qiraat adalah dalam bentuk masdar dari perkataan qaraa yang bermaksud bacaan. Sedangkan menurut terminologi, terdapat banyak pendapat ulama mengenai pengertian makna qiraat ini. Menurut Syeikh al-Dimyathi, qiraat adalah: “Suatu ilmu untuk mengetahui cara pengucapan lafaz al-Quran.”

“Menurut Imam Shihabuddin al-Qushthal, qiraat adalah “Suatu ilmu untuk mengetahui kesepakatan serta perbezaan ahli qiraat, seperti bersangkutan dengan aspek bahasa, i’rab, isbat, fasal dan lain-lain yang diperoleh dengan cara periwayatan,” katanya dalam wacana al-Quran di Dewan Utama tingkat 14, Mediu, Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam.

Menurutnya, berdasarkan definisi itu,  jelas qiraat al-Quran berasal daripada Nabi SAW. Dimaksudkan qiraat dalam perbahasan ini, iaitu cara pengucapan lafaz- al-Quran sebagaimana diucapkan Nabi SAW atau sebagaimana yang diucapkan sahabat di hadapan Nabi lalu Baginda bersetuju dengannya dan Qiraat al-Quran pula diperoleh berdasarkan periwayatan Nabi SAW, baik secara fi’liyah mahupun taqririyah.


Munculnya perbezaan qiraat

Mengenai hal ini, terjadi perbezaan pula dari para ulama mengenai apa sebenarnya yang menyebabkan perbezaan tersebut. Berikut adalah pendapat-pendapat para ulama:

Sebagaimana ulama berpendapat bahawa perbezaan qiraat al-Quran disebabkan kerana perbezaan qiraat Nabi SAW, ertinya dalam menyampaikan dan mengajarkan al-Quran, Baginda membacakannya dalam berbagai versi qiraat. Contoh: Nabi SAW pernah membaca ayat 76 surah ar-Rahman dengan qiraat yang berbeza.

Pendapat lain mengatakan: Perbezaan pendapat disebabkan adanya takrir Nabi SAW terhadap berbagai qiraat yang berlaku dalam kalangan kaum Muslimin pada zaman itu.

Ada pendapat mengatakan, perbezaan qiraat disebabkan kerana perbezaannya qiraat yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail.

Jumhur ulama ahli qiraat berpendapat bahawa perbezaan qiraat adalah disebabkan adanya riwayat para sahabat Nabi SAW berbagai versi qiraat yang ada.

Sebahagian ulama berpendapat, perbezaan qiraat disebabkan adanya perbezaan dialek bahasa dalam kalangan bangsa Arab pada masa turunnya al-Quran.

“Kesimpulannya, qiraat bukanlah hasil ijtihad para ulama, karena ia bersumber daripada Nabi SAW. Namun untuk membezakan mana qiraat yang berasal daripada Baginda dan mana yang bukan, maka para ulama menetapkan syarat-syarat tertentu.


“Ada tiga syarat bagi qiraat al-Quran untuk digolongkan sebagai qiraat sahih, iaitu:

Harus memiliki sanad yang sahih.

Harus sesuai dengan rasm mushaf salah satu mushaf Usmani.

Harus sesuai dengan kaedah bahasa Arab. Jika salah satu daripada syarat ini tidak dipenuhi, maka qiraat itu dinamakan qiraat yang lemah,” ulas Syeikh Solah Khalifa yang berasal dari Mesir ini.


Kelebihan mempelajari qiraat

Dengan berbagai variasi qiraat, maka banyak sekali manfaat atau faedah di antaranya: menunjukkan betapa terpelihara dan terjaganya kitab ALLAH SWT daripada perubahan dan penyimpangan, meringankan umat Islam dan memudahkan mereka untuk membaca al-Quran serta dapat membuktikan kemukjizatan al-Quran dari segi kepadatan makna, kerana setiap qiraat menunjukkan sesuatu hukum syarak tertentu tanpa perlu pengulangan lafaz.

Syeikh Solah Khalifa berkata, bacaan al-Quran menurut Riwayat Hafs daripada ‘Asim adalah bacaan majoriti umat Islam di dunia.

“Mengikut statistik, 95 peratus daripada umat Islam membaca al-Quran mengikut riwayat ini.

“Toriq atau cara pembacaan yang masyhur pada qiraat ini menjadi pegangan  umat Islam di dunia umumnya dan di Malaysia khasnya adalah toriq al-Syatibiyyah, iaitu toriq yang dibawa oleh Imam al-Syatibi,” katanya yang mendapat pendidikan daripada Universiti al- Azhar, Mesir dan pernah berguru dengan Syeikh Muhammad Ghazali Rahimahullah, Syeikh Mutawali Sya’rawi dan Syeikh Abdul Hamid Khishk.

Ini bermakna qiraat Imam ‘Asim juga telah diriwayatkan oleh Imam Syukbah. Melalui perbincangan Syeikh Solah Khalifa bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini berkenaan mencadangkan percetakan al-Quran yang mempunyai dua riwayat iaitu Riwayat Hafsin dan Riwayat Syu’bah. Kedua-duanya tidak ketara perbezaan hanya dalam beberapa lafaz dan keduanya adalah bersumberkan sanad Imam ‘Asim.



Sanad Imam ‘Asim:

Imam ‘Asim mengambil bacaan dari =
  1. Abd Rahman Assulami
  2. Abu AmruAlSyaibani
  3. Abu Ubaid al Salma
  4. Zirr bin Hubaisiy al Asadi
Abd Rahman Assulami ambil bacaan dari =
  1. Ali bin AbiTolib
  2. Uthman bin Affan
  3. Zaid bin Thabit
  4. Ubai bin Kaab
  • Zirr bin Hubaisiy ambil bacaan daripada Abdullah bin Mas’ud dan lain-lain

  • Sanad Imam ‘Asim yang diambil qiraat dan diriwayatkan oleh Imam Hafs daripada ‘Asim, daripada Abd Rahman Assulami, daripada Ali bin Abi Talib dan daripada Rasulullah SAW.

  • Sanad Imam ‘Asim yang diambil qiraat dan diriwayatkan oleh Imam Syu’bah, ‘Asim, Zir bin Hubaisy, Abdullah bin Mas’ud daripada Rasulullah SAW.

Mazhab bacaan qiraat yang dikumpulkan oleh Imam Syatibi:-

Imam Nafi (Madina) dan dua perawinya:
1) Qaaloon, 2) Warsh

Imam Ibn Kathir (Makkah) dan dua perawinya:
1) Qunbul, 2) Bazzi

Imam Abu ‘Amru (Basra: Iraq) dan dua perawinya:
1) Duri, 2) Susi

Imam Ibn ‘Amir (Syam) dan dua perawinya:
1) Hisham, 2) Ibn Zakwaan

Imam Aasim (Kufah: Iraq) dan dua perawinya:
1) Shu’aba, 2) Hafs

Imam Hamzah (Kufah: Iraq) dan dua perawinya:
1) Khalaf , 2) Khallad

Imam Kisaa’i (Kufah: Iraq) dan dua perawinya:
1) AbulHaarith, 2) Duri

100 Pesanan Terakhir Rasulullah


WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Mei 2012
100 Pesanan Terakhir Rasulullah
100 Pesanan Terakhir Rasulullah
Bakat menulis anak kelahiran Kapar, Selangor ini dicungkil sejak empunya diri berada di tingkatan lima, Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar, Selangor. Bermula dengan menulis cerpen, dia kemudiannya berjinak-jinak menghasilkan novel dan skrip drama radio.

Menyedari anugerah dalam bidang penulisan mampu dikembangkan ke peringkat lebih tinggi, dia kemudian memilih untuk menjadi seorang wartawan dan melibatkan diri dalam dunia penerbitan.

Bagaimanapun pada tahun 2004, pemilik nama Muhd Nasruddin Dasuki ini, beralih ke bidang perniagaan buku.

Seiring dengan peningkatan usia, Nasruddin, yang kini berusia 52 tahun, mengambil keputusan kembali menulis namun tumpuannya lebih kepada karya yang berunsur islamik.

Menurutnya, penulis mempunyai peranan besar untuk membentuk masyarakat menerusi ilmu yang dimiliki.

“Di sinilah saya cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada sepanjang bergelar penulis. Malah, keputusan saya menjadi seorang penulis karya islamik adalah satu pilihan tepat.

“Jika dahulu karya dihasilkan tidak pernah mencecah sehingga tiga kali cetakkan, tetapi apabila saya memilih menghasilkan karya islamik cetakkannya lebih memberangsangkan.

“Bagi saya, ia satu perubahan yang besar dalam hidup. Sebagai penulis, ia merupakan kejayaan dan peningkatan dalam karier saya,” katanya yang popular dengan karya berjudul, 100 Pesanan Terakhir Rasulullah.

Punya pengisian tersendiri

Berbicara mengenai buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah, Nasruddin yang juga bekas seorang wartawan menjelaskan, buku tersebut dihasilkan sebagai panduan buat pembaca.

“Terdapat 10 bab dalam buku ini yang mana setiap daripadanya mempunyai 10 pesanan Rasulullah. Jika diikutkan memang terdapat banyak pesanan Rasulullah S.A.W yang mahu disampaikan kepada umatnya, namun saya memilih dan mengambil yang penting sahaja.

“Mungkin dalam buku-buku dihasilkan penulis lain, pesanannya cuma dua atau tiga, tetapi saya memilih 10 supaya memberikan lebih ilmu dan manfaat kepada pembaca,” katanya.

Walaupun buku ini mengambil masa hampir enam bulan, namun dia sangat berpuas hati kerana pengisiannya ada keistimewaan tersendiri.

“Alhamdulillah, ia tidak seperti novel yang terlalu panjang dan sukar difahami mesejnya. Sebaliknya buku ini memberikan penekanan kepada setiap bait-bait ayat yang ada,” katanya.

Ditanya mengenai idea di sebalik penghasilan buku itu, Nasruddin berkata, dia yakin sebagai umat Islam sudah pasti ramai di antara kita memerlukan panduan untuk mendapat keberkatan dalam kehidupan.

“Atas kesedaran itulah saya mengambil keputusan untuk melahirkan buku ini. Bagi saya, ia satu pendekatan kepada pembaca supaya mengingati pesanan Rasulullah.

“Bukan sahaja boleh digunakan dalam kehidupan seharian malah ia memastikan kita supaya tidak alpa dan lalai menunaikan tanggungjawab sebagai hamba-Nya,” katanya.

100 Pesanan Terakhir Rasulullah, telah pun diterbitkan oleh Karya Bistari, Grup Buku Karangkraf sejak Ogos tahun lalu dengan harga RM18.00.

Antara kandungan menarik dalam buku ini adalah Peliharalah Solat mu, Isteri, Taatilah Suami mu, Bersedekah Biarlah Ikhlas, Bersahabat Cara Rasulullah, Memberi Salam Itu Satu Sedekah, Ziarahilah Kubur Ingati Kematian, Mengharap Keredhaan Beribadat, Tawaduk Penghapus Kesombongan, Al-Quran dan Sunah Panduan Hidup serta Pertolongan Allah Buat Yang Sabar.


Sambutan hebat

Nasruddin berkata, dia tidak pernah menduga karya tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Saya memang pernah terfikir bagaimanakah reaksi pembaca apabila buku ini berada di pasaran. Pada mulanya memang saya gusar jika ia tidak mendapat sambutan. Lagi pun, pelbagai karya islamik yang hebat sedia ada di pasaran dihasilkan oleh penulis yang tersohor dan mempunyai pengikut tersendiri.

“Bagaimanapun, saya tekad untuk menghasilkannya dan hanya bertawakal kepada ALLAH SWT. Selain itu, saya sentiasa berdoa agar buku tersebut diterima pembaca,” katanya.

Buku ini juga antara 10 buku terlaris yang dipasarkan oleh Kedai Buku Popular sepanjang tahun 2011, bahkan ia turut tersenarai dalam anugerah pilihan pembaca popular bagi kategori bukan fiksyen anjuran sebuah akhbar tempatan bagi tahun 2012.

100 Pesanan Terakhir Rasulullah merupakan sebuah bahan bacaan islamik menyentuh mengenai pesanan Rasulullah kepada umatnya untuk digunakan dalam kehidupan sepanjang hayat.

Untuk mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat, kita perlu sentiasa mengingati pesanan Rasulullah S.A.W agar tidak lalai dengan tipu daya nikmat dunia.

100 Pesanan Terakhir Rasulullah ini pasti menggetarkan hati kita. Andai pesanan ini jauh daripada jangkauan dan apa yang dilaksanakan, jadikanlah ia sebagai kayu pengukur amalan kita. Moga ada kebaikan yang dapat dikongsi bersama. Insya-Allah.

Teladani romantik Rasulullah


13 Julai 2012
Teladani romantik Rasulullah
Tanggungjawab mendidik isteri tergalas di bahu suami- Gambar hiasan
Sebut saja romantik, anak muda mula tertarik hati. Mungkin yang diketahui romantik sesama couple. No No No... Ini romantik sesama pasangan suami isteri.

Nabi Muhammad SAW, adalah gedung segala sifat-sifat kesempurnaan yang sukar dicari tandingannya. ALLAH SWT membimbing Baginda dengan didikan-Nya yang terbaik.
Sehingga ALLAH berfirman kepada kekasih-Nya seraya memuji dalam Surah Al-Qalam ayat 4 bermaksud : “Dan sesungguhnya kamu benarbenar berbudi pekerti yang agung.”

Indahnya akhlak Nabi
Sifat yang sempurna inilah yang membuat jiwa manusia merasa dekat dengan Rasulullah.

Membuatkan hati mereka mencintai Nabi. Menempatkan Baginda sebagai tumpuan hati. Bahkan berapa ramai yang dahulunya bersikap keras dengan Nabi berubah menjadi lembut dan akhirnya masuk Islam setelah terpanah kemuliaan akhlak dan budinya Baginda.
Kemuliaan ini bukan sekadar lakonan di hadapan manusia. Namun dibuktikan oleh insan pendamping Baginda.

Meneliti satu persatu perbuatan, pertuturan dan lenggok gayanya. Mereka ialah serikandi rumah tangga Baginda.

Sehinggakan kemuliaan akhlak seorang suami bernama Muhammad bin Abdullah tidak dapat digambarkan oleh Siti Aisyah, lalu menisbahkan akhlaknya dengan akhlak kitab suci al-Quran.
Walaupun Rasulullah seorang panglima perang, pemimpin tertinggi umat Islam, namun di sisinya terdapat nilai kasih sayang dan jalan kisah kasih yang cukup romantis antara Baginda dan isteri-isterinya.
Namun berapa banyak sunnah ini dilupakan lalu suami masa kini yang sering menggambarkan dirinya bagaikan pemegang kuasa keluarga perlu sentiasa kelihatan bengis dan penuh egois.
Siapalah kita berbanding Rasulullah yang jauh kedudukannya lebih mulia dari segala manusia.

Namun atas tawaduk dan romantisnya Baginda membuatkan umat yang membaca kisah cinta Baginda bersama isterinya seolah-olah sedang menghayati novel cinta romantik.
Hayati novel cinta
Dikisahkan bahawa Rasulullah pernah bermandi air cinta bersama isterinya, Siti Aisyah.

Dalam Sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Aisyah berkata bahawa : “Aku sering mandi bersama Nabi Muhammad dari satu bekas air yang disebut al-faraq. Perbuatan Nabi mandi bersama Aisyah tanpa sebarang tabir penghalang menunjukkan ianya satu sunnah.
Terutamanya setelah melakukan hubungan intim sesama pasangan. Romantik gaya Rasulullah boleh diteladani.

Walaupun hidup suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pekerjaan yang tidak pernah selesai. Kita juga boleh mengambil sunnah romantik Rasulullah bermula dari sebelum keluar bekerja.
Sebagai contoh menghantar isteri ketika hendak keluar rumah seperti yang dilakukan oleh Nabi kepada isterinya Shafiyyah binti Huyay sehinggakan Nabi berkata “Jangan terburu-buru hingga aku mengiringi mu (menemani sampai ke pintu)”. (Hadis Bukhari dan Muslim).

Bahkan Nabi turut membantu isterinya menaiki kenderaan. Di dalam Sahih Bukhari dan Muslim menceritakan bahawa “Nabi duduk di sisi unta Baginda. Kemudian Baginda menekuk lututnya. Lalu isteri Baginda, Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi hingga naik atas unta”.

Bukankah ini sesuai dipraktikkan dengan membuka pintu kepada isteri seperti zaman memikat isteri dahulu.

Ataupun sekali sekala membonceng isteri di belakang seperti dalam riwayat Bukhari yang menyatakan Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika pulang dari perang Khaibar salah seorang isteri Rasulullah membonceng di belakangnya.
Apabila waktu cuti hujung minggu atau di malam hari, bawalah isteri bersiar-siar. Ini bukanlah sekadar tips dari seorang pakar motivasi. Namun ianya merupakan suatu sunnah romantis Nabi bersama isterinya.

Diriwayatkan dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa “Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya”. Malah apabila Baginda ingin keluar Baginda akan mengundi siapa yang akan menemaninya untuk keluar bersama. Malah Rasulullah juga membawa Aisyah untuk makan bersama di luar.
Sehinggakan suatu ketika Nabi pernah menolak pelawaan jirannya yang berbangsa Parsi untuk makan di rumah mereka sekiranya isterinya Aisyah tidak turut diundangkan bersama.  (Hadis riwayat Muslim)

Romantis terhadap isteri 

Untuk menambahkan romantis terhadap isteri, disarankan suami menyuap sendiri makanan ke mulut isterinya.

Seperti mana dalam Sahih Bukhari dan Muslim sabda Nabi: “Sesungguhnya apa pun yang kamu nafkahkan, maka hal itu adalah sedekah hingga suapan yang kamu suapkan ke mulut isteri mu.”

Walaupun hadis ini  berkisar tentang pemberian nafkah, namun bukankah menjalin ikatan romantik antara suami isteri itu satu tuntutan.
Romantik sesama suami isteri ini semakin malu untuk diamalkan. Mungkin bagi yang sudah lama berkahwin akan bertambah rasa jelik bermadu kasih dengan isterinya. Namun jika diteliti, sebenarnya sikap romantis ini adalah datang dari Nabi.

Sayang apabila kita lebih malu mengamalkan sunnah romantis sesudah berkahwin sedangkan kita tanpa segan silu melakukannya sebelum ianya dihalalkan.
Sebenarnya, gambaran seorang suami yang garang dan bengis bukanlah suatu yang datangnya dari agama.
Nabi tidak mendidik para isteri untuk takut kepadanya. Namun didikan sebagai pemimpin rumah tangga yang hebat membuatkan rasa takut itu bertukar menjadi lebih menghormati.
Nikmat suasana percintaan itu lebih dihargai apabila suami turut meluang masa
Sesungguhnya bersikap romantis sesama isteri itu adalah sunnah Nabi.
Kita berharap dengan sunnah ini dapat memupuk ikatan yang lebih erat antara sesama pasangan.
Bukanlah sunnah ini suatu yang perlu dimalukan untuk diamalkan. Kepada suami, ayuh mengikut petunjuk Nabi dalam berkasih sayang sesama isteri.

Andai isteri berasa pelik dari mana datangnya sikap romantis seorang suami. Adakah suami baru sahaja selesai menamatkan buku novel cinta Romeo dan Juliet.

Jawablah dengan manja. Romantis ini bukan dari novel biasa, namun romantis ini datangnya daripada hadis Nabi.
SUMBER: http://myibrah.com/romantik-itusunnah-rasulullah-s-a-w

Ingat tujuh pesan Rasulullah


ROSDI LONG
27 Disember 2012
Seorang sahabat Baginda yang terkenal dengan gelaran ahli suffah, iaitu golongan sufi yang sentiasa mencari peluang untuk berjumpa dengan Baginda SAW bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar ialah Abu Zhar r.a.

Berkata Abu Zhar r.a bahawa Baginda SAW telah mewasiatkan kepadanya dengan tujuh perkara.

Pertama, Baginda menyuruh aku mencintai orang miskin dan mendekati mereka. Dalam setiap masyarakat pasti ada golongan yang kurang berkemampuan iaitu fakir dan miskin, kerana itu kita diperintahkan dengan ibadah zakat untuk membantu mereka.
Mengasihi golongan miskin adalah tuntutan agama sebagai tanda syukur kita kepada nikmat ALLAH dan kita membantu sesama insan. Begitulah keindahan hidup bermasyarakat yang dianjurkan oleh Islam atas tanggungjawab saling membantu.

Kedua, Baginda menyuruhku agar tidak meminta-minta sesuatu kepada seseorang. Rasulullah SAW mengajar kita untuk berdikari, iaitu berusaha mendapatkan segala nikmat yang datang daripada anugerah-Nya. Budaya meminta-minta tidak disukai oleh manusia tetapi disukai oleh ALLAH. Oleh itu kita disuruh memperbanyakkan berdoa kepada-Nya. Mintaklah hanya pada-Nya yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya.

Ketiga, Baginda menyuruhku agar melihat kepada orang yang nasibnya lebih teruk daripada aku, jangan melihat kepada orang yang nasibnya lebih baik daripadaku.

Dalam soal kehidupan kita di dunia, kita tidak mampu untuk menandingi kekayaan dan kemewahan hidup yang dimiliki oleh orang lain.

Justeru Baginda mengajar bersyukur dan reda dengan apa dikurniakan ALLAH kepada kita. Jika melihat kelebihan yang ada pada orang lain dibimbangi akan mengundang perbuatan yang salah seperti menipu, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya demi untuk mendapatkan kesenangan seperti orang lain.

Keempat, Baginda SAW menyuruhku menghubungkan silaturahim walaupun orang itu membenci aku. Persaudaraan Islam adalah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh umat Islam. ALLAH SWT mengingatkan kita dengan firmanNya bermaksud,

“sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, maka perelokkanlah persaudaraan antara kamu”.  Hadis Baginda yang lain, menyatakan “tidak akan masuk syurga seseorang itu sehinggalah dia beriman, dan tidak beriman sehingga ia berkasih sayang”

Persoalan silaturahim umat Islam terhakis disebabkan ketaksuban fahaman politik sehingga sanggup memutuskan silaturahim dan menyemai kebencian, dendam serta berpuak-puak yang akhirnya merugikan umat Islam. Oleh itu janganlah kepentingan fahaman politik mengatasi tuntutan syariat.

Kelima, Baginda menyuruhku berkata benar walaupun pahit. Kebenaran yang mutlak adalah apa didatangkan ALLAH, iaitu al-Quran dan hadis Baginda SAW. Prinsip kebenaran inilah menjadi tonggak bagi umat Islam dalam melaksanakan segala urusan kehidupan mereka. Menyokong atas perkara yang benar, bukan kerana ia datang daripada ahli kumpulan atau jamaah yang sama, bukan kerana lambang atau logonya, tetapi pada benar atau salahnya sesuatu perkara.

Keenam, Baginda menyuruhku agar tidak gementar menjalankan apa diperintahkan ALLAH walaupun mendapat cercaan manusia. Memang akan ada manusia yang tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan, namun keredaan manusia bukanlah matlamat utama kerana kita adalah hamba ALLAH, bukan hamba manusia.
Oleh itu jangan berasa terhina apabila ada manusia menghina dan mencerca kerana para Nabi dan Rasul juga dihina dan dicerca oleh sebahagian manusia yang memusuhi mereka. Apa diperintahkan ALLAH dan Rasul itulah keutamaan diambil kira. 

Ketujuh, Baginda menyuruhku agar perbanyak ungkapan la haula wala quwwata illa billah. Bergantung haraplah kepada-Nya. Dialah menentukan setiap perkara, baik buruk datang daripada keizinan-Nya. Banyakkan mengucapkan kalimah ini sebagai tanda perhambaan kita hamba yang lemah lagi hina.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memperingati diri kita kembali kepada pesanan dan menambah kecintaan kita kepada Baginda bagi mendekatkan kita kepada reda-Nya.

* Penulis ialah Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor

Wednesday, 10 April 2013

Carta salasilah

Refleksi individu (Mohammad Azhar bin Rasli)



Bismillahirrahmanirrahim, segala puji bagi Allah, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani buat hamba-hambanya. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, ahli keluarga baginda dan sekalian para sahabat baginda.
Saya merafakkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin dan pertolongan dari Nya dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan kepada saya  iaitu berkaitan pendidikan sirah nabi saw dan perkara yang berkaitan dengannya  pada kali ini. Pada saya, tugasan kali ini amat menarik dan sangat bermanfaat buat para pelatih guru yang bakal menjadi guru di sekolah-sekolah pada masa yang akan datang. Saya dapat mengetahui tentang cabaran yang dihadapi oleh nabi dan para sahabat baginda yang telah bersusah payah demi memastikan kelangsungan Islam melalui pendidikan yang berkualiti terutamanya akhlak terus berkekalan di negara ini. Tidak dinafikan setiap sesuatu tugasan ada cabaran yang tersendiri yang perlu dihadapi dengan penuh kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Kita juga tidak boleh hanya memikirkan sesuatu untuk kepentingan diri tanpa memikirkan bagaimana cara yang selayaknya untuk memberi kebaikan dan manfaat buat semua terutamanya mereka yang terlibat dengan masalah sosial pada hari ini.
Dalam memenuhi tugasan ini, saya telah berkunjung ke pusat sumber institut untuk mencari maklumat yang berkaitan. Tugasan ini pada saya agak mencabar kerana memerlukan kami untuk mencari maklumat berkaitan dengan kajian sejarah hidup Nabi Muhammad saw yang merupakan sebaik-baik makhluk yang dicipta oleh Allah swt dan perkara yang berkait dengannya sama ada yang berkaitan dengan kajian-kajian ilmiah atau sumber-sumber daripada tokoh yang mempunyai kepakaran berkaitan sejarah kehidupan baginda saw. Kehidupan Nabi saw yang mana kita ketahui adalah kompleks yang mana ianya adalah perkara yang bersifat seni dan memerlukan kajian dan penelitian yang tinggi demi memastikan tiada unsur penyelewengan dalam mencerita dan memberitakan sejarah hidup baginda Nabi saw secara menyeluruh dan tidak boleh ditulis mengikut kehendak hati dan hawa nafsu tanpa berdasarkan fakta yang kuat kerana akan menyebabkan dimurkai oleh Allah swt. Walau bagaimanapun, saya dan rakan-rakan menyahut cabaran ini bagi membuktikan yang kami juga mampu untuk menyelesaikan tugasan ini walaupun kami masih dikira berada di peringkat permulaan dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Setiap sesuatu yang saya dapat dalam menjalankan tugasan ini amat bermakna dan dapat saya aplikasikan dalam kehidupan saya terutamanya berkaitan perkara-perkara asas dalam sirah nabawiyah. Jelas kepada kita sebagai manusia, pelajaran sirah nabi adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan. Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai pengetahuan yang baik dalam mengambil contoh daripada baginda saw untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebagai hamba Allah swt.
Tugasan ini sedikit sebanyak memberikan saya ilmu dan pendedahan tentang perjuangan baginda saw dan para sahabat dalam memperjuangkan kebenaran Islam sehinggalah Islam dapat berdiri kukuh pada hari ini. Saya dapat memahami yang sirah boleh dimanfaatkan dalam situasi sebenar yang mencabar pada masa kini. Sebagai seorang pelatih guru, ilmu dan pengetahuan sebegini amat bermanfaat sebelum saya memulakan karier dalam bidang pendidikan. Saya berpendapat tugasan sebegini adalah satu anugerah yang bernilai kepada saya dalam mencorak keperibadian diri untuk berhadapan dengan masyarakat khususnya masyarakat pelajar di sekolah. Tanpa persediaan yang rapi, saya mungkin akan kekurangan dari aspek agama dan sosial yang diperlukan dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul di sekolah. Saya bersyukur kerana masih diberi ruang dan peluang untuk mengkaji dan memahami agama ini dalam keadaan semua orang sibuk dengan pelbagai perkara yang lain.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, Ustaz Mohd Hafedz bin Salleh yang banyak membantu saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan tugasan ini. Segala perhatian dan sikap ambil berat tuan hanya Allah swt yang mampu membalasnya dan saya doakan moga tuan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Nya. Tidak saya lupakan kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan kebaikan dan kebahagian saya, tanpa mereka siapalah saya di dunia yang serba kekurangan ini. Seterusnya rakan-rakan seperjuangan yang memberi kerjasama yang baik sepanjang menjalankan tugasan ini. Saya juga mengucap ribuan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung dalam menjayakan tugasan ini. Semoga kebaikan akan terus mendapat tempat dalam hati-hati manusia. Sekian, terima kasih.
Mohammad Azhar bin Rasli  -PISMP Sem 3 (Pi/Bi/Ba 2)

REFLEKSI INDIVIDU NAMA : MUHAMAD KHALIL BIN MOKHTAR



KELAS : PISMP PENDIDIKAN ISLAM 2 (SEM 3)
            Seperti yang kita semua ketahui, Pendidikan Sirah Sekolah Rendah adalah merupakan satu subjek yang sangat penting bagi seorang pendidik dan merupakan subjek yang perlu di ambil oleh setiap individu yang bergelar pelajar Institut Pendidikan Guru khususnya yang mengambil Pendidikan Islam di Malaysia. Ini kerana, subjek ini merupakan subjek yang penting kepada penuntut-penuntut yang mengambil pendidikan islam yang boleh dijadikan persediaan awal kepada diri masing-masing mudah-mudahan berguna pada masa akan datang. Oleh yang demikian, subjek ini perlu di ambil oleh setiap penuntut IPG khususnya yang mengambil subjek Pendidikan Islam untuk memberikan kefahaman yang sebenar berkaitannya. Tidak lupa juga sebagai seorang pendidik, subjek ini sangat penting untuk diterapkan kefahaman yang sahih kepada anak murid kelak. Justeru itu, sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, saya telah ditugaskan untuk menyelesaikan satu tugasan berkaitan dengan kursus ini. Tugasan ini adalah berbentuk kumpulan, di mana saya telah diminta untuk menghasilkan satu projek yang berkaitan dengan salasilah keturunan Rasulullah S.A.W.  Oleh itu, saya telah ditugaskan oleh pensyarah pembimbing iaitu Ustaz Mohamad Hafedz Bin Salleh untuk membentangkan tugasan ini di dalam kelas.
            Secara umumnya, tugasan ini adalah berkaitan dengan salasilah keturunan Rasulullah S.A.W. yang seharusnya diketahui oleh setiap manusia yang bergelar seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan juga Rasul-Nya. Seperti yang semua kita ketahui, Rasulullah adalah merupakan keturunan yang paling mulia di atas muka bumi Allah ini. Oleh yang demikian, kita seharusnya menghormati keluarga baginda dengan sebaiknya, kerana Rasulullah adalah Rasul yang paling hebat di atas muka bumi ini. Ini kerana, Rasulullah adalah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak bagi manusia di atas muka bumi ini. Selain itu, Rasulullah juga adalah pembawa rahmat untuk sekalian alam ini. Oleh sebab itu, kita tidak seharusnya mencela dan mengkeji keturunan Rasulullah dengan sewenang-wenangnya. Dalam tugasan ini juga telah dinyatakan tentang salasilah Rasulullah hingga kepada keturunan yang akhir sekali. Ini sudah terbukti kemukjizatan Rasulullah yang mengetahui salasilahnya daripada awal hingga ke akhirnya, jika hendak dibandingkan dengan manusia seperti kita yang berapa keturunan sahaja sudah mempunyai masalah untuk diingati.
Pada peringkat permulaan kerja kursus ini, saya mempunyai masalah untuk memahami soalan tugasan yang diberikan dan sukar untuk mendapatkan sumber rujukan dalam melaksanakan tugasan ini. Seterusnya, saya membuat keputusan untuk berkolabrasi dengan pensyarah pembimbing dan akhirnya selepas berjumpa dengannya saya telah mengetahui bagaimana kaedah untuk melaksanakan dan sumber-sumber rujukan yang boleh digunakan dalam tugasan ini. Setelah itu, saya telah membuat draf awal untuk memudahkan perlaksanaan kerja kursus. Saya telah mencari maklumat yang berkaitan dengan keturunan Rasulullah dan bukti-bukti yang kukuh berkaitan keturunan baginda. Saya juga telah mencari maklumat berkaitan tentang segala yang berkaitan dengan riwayat hidup Rasulullah. Saya telah menggunakan buku yang sedia ada dan mencari rujukan tambahan di Perpustakaan Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Seterusnya, tugasan yang diberikan berjalan dengan lancar dan sering berjumpa dengan pensyarah untuk menunjukkan hasil tugasan secara berperingkat-peringkat. Dengan cara ini, saya dapat menghasilkan satu tugasan yang betul-betul lengkap dan memenuhi kreteria-kreteria yang diinginkan oleh pensyarah pembimbing.
Semasa melaksanakan tugasan ini, saya telah memperolehi banyak input yang berguna dan boleh dijadikan ilmu yang bermanfaat kepada diri saya serta dapat diberikan dan disampaikan kepada anak murid saya kelak. Seterusnya, dengan mengetahui serba sedikit tentang kehidupan Rasulullah dapat saya amalkan dan dalam masa yang sama saya juga dapat memupuk nilai-nilai murni yang ada pada diri Rasulullah kepada anak-anak murid saya kelak. Pengetahuan ini sangat penting bagi saya kerana dengan adanya sedikit pengetahuan berkenaan saya dapat laksanakan kelak semasa mengajar pada masa hadapan kelak. Saya juga dapat berkongsikan ilmu yang saya dapat ini dengan murid-murid saya kelak dan akan menanamkan semangat kepada mereka untuk terus mencintai Rasulullah dalam kehidupan anak-anak murid saya kelak. Ini kerana, saya percaya dengan cinta kepada Rasulullah secara berterusan dapat mendidik jiwa dan minda mereka daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam agama kita dan sentiasa memperoleh berkat dalam kehidupan murid-murid saya kelak.
Kesimpulannya, hasil daripada perlaksanaan kerja kursus ini saya telah memperoleh banyak maklumat-maklumat yang berguna pada diri saya dan kepentingan mencintai kekasih Allah iaitu Rasulullah dan dalam masa yang sama sebagai seorang guru pendidikan Islam perlu memupuk semangat yang tinggi supaya menghormati keturunan Rasulullah dan mencintai-Nya dalam kehidupan setiap murid-murid, mudah-mudahan dengan amalan ini dapat mengelakkan diri mereka daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. Ini kerana, dengan mencintai Rasulullah, murid-murid dapat menjalankan kehidupan dengan baik dan terhindar daripada melakukan dosa serta dalam masa yang sama dapat mengamalkan segala yang telah diajar oleh Rasulullah. Saya juga akan mempraktikkan amalan-amalan yang telah dinyatakan dalam tugasan ini untuk dijadikan contoh yang baik kepada murid-murid saya kelak dalam usaha saya untuk membantu kerajaan mencapai matlamat untuk melahirkan masyarakat yang cinta akan Rasul dan kehidupan yang berlandaskan dengan panduan yang diajar oleh Rasulullah. Saya amat berpuas hati dalam melaksanakan tugasan ini dan berterima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana telah memberikan tugasan ini kerana hasilnya amat berguna pada diri sendiri pada masa sekarang dan masa hadapan dan dijadikan persediaan awal saya untuk menjadi bakal pendidik kelak. Di mana seorang pendidik itu seharusnya memainkan peranan penting dalam usaha untuk mengembangkan potensi individu selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Secara keseluruhannya, perlaksanaan kerja kursus ini banyak memberi kesan yang baik kepada saya dan saya merasakan diri sudah bersedia untuk menjadi pendidik dan akan berusaha sedaya upaya untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dengan memberi fokus utama kepada aspek fizikal, intelek, emosi dan sosial, seterusnya dapat melahirkan murid-murid yang cinta akan Rasul dan dalam masa yang sama dapat memahami segala dengan berkaitan dengan perkataan, perbuatan dan ikrar Rasulullah melalui hadisnya. Dengan cara ini, negara dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa melaksanakan segala sunnah Rasulullah dalam kehidupan dan perjalanan hidup masyarakat Malaysia.  

Nasab Dan Keturunan Terbaik



Allamah Sayyid Murtadha, penulis kitab “Fadhail al-Khamsah min As-Shihhah As-Sittah”, mengatakan: Hadis tentang bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dilahirkan dari perkahwinan bukan dari perzinaan banyak sekali.
1.  Dalam Thabaqat Al-Kubra Ibnu Saad, jilid 1, bahagian 1: 31, dzikr ummahat Rasulillah Shallallahu ‘alaihi wasallam, disebutkan: Imam Ali bin Husein (sa) berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya aku dilahirkan dari perkahwinan, aku tidak pernah dilahirkan dari perzinaan sejak dari Adam. Aku belum pernah sedikit pun tersentuh oleh perzinaan kaum jahiliyah, aku belum pernah dilahirkan kecuali dari kesucian perkahwinan.”
2.  Dalam Shahih At-Tirmidzi 2: 269, kitab manaqib, bab keutamaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, hadis ke 3608 disebutkan: Abu Wida’ah berkata: pada suatu hari Ibnu Abbas datang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, seakan-akan Baginda mendengar sesuatu, kemudian Baginda naik ke mimbarnya dan bersabda: “Siapakah aku?” Sahabat menjawab: “Engkau Rasul Allah, salam atasmu.” Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku adalah Muhammad bin Abdillah bin Abdil Mutalib. Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk, maka menjadikan aku yang terbaik dari mereka dalam golongan, kemudian menjadikan mereka dua golongan, dan menjadikan aku yang terbaik dari mereka dalam golongan. Kemudian menjadikan mereka bersuku-suku, dan menjadikan aku yang terbaik dalam suku. Kemudian menjadikan mereka dalam keluarga-keluarga, dan Allah menjadikan keluargaku yang terbaik di dalam semua keluarga mereka, dan yang terbaik dalam nasab (garis keturunan).”
3.  Dalam Mustadrak Al-Hakim 4: 73, kitab ma’rifah As-shahabah, fadhail Quraisy, disebutkan: Abdullah bin Umar berkata: Pada suatu hari ketika kami duduk di halaman rumah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ada seseorang perempuan lalu berhampiran kami, kemudian salah seorang lelaki dari suatu kaum berkata: “Ini puteri Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam.” Kemudian Abu Sufian berkata: “Muhammad di Bani Hasyim seperti tanaman di tengah-tengah jerami.” Kemudian perempuan itu pergi dan menceritakan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar dan nampak marah di wajahnya lalu bersabda: “Alangkah menyakitkan kata-kata yang sampai padaku tentang suatu kaum? Sesungguhnya Allah SWT menciptakan tujuh langit dan memilih yang tertinggi, kemudian menempatkan padanya makhluk yang dikehendaki-Nya. Kemudian Dia menciptakan makhluk lalu memilih keturunan Adam dari makhluk-Nya, memilih arab dari keturunan Adam, memilih keturunan Mudhar dari kalangan arab, memilih suku Quraisy dari keturunan Mudhar, memilih Bani Hasyim dari suku quraisy, dan memilih aku daripada Bani Hasyim. Aku adalah dari Bani Hasyim dari orang-orang pilihan. Sesiapa yang mencintai orang arab kerana mencintaiku maka aku mencintai mereka; Sesiapa yang membenci orang arab kerana membenciku maka aku membenci mereka.”
4.  Dalam Dzakhair Al-’Uqba: 10, bab keutamaan quraisy, Muhibuddin At-Thabari menyebut: Watsilah bin Asqa berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah memilih Ibrahim dari keturunan Adam dan menjadikan ia kekasih-Nya. Dia memilih Ismail dari keturunan Nabi Ibrahim, kemudian memilih Nizar dari keturunan Ismail, kemudian memilih Mudhar dari keturunan Nizar, kemudian memilih Kinanah dari Mudhar, kemudian memilih Quraisy dari Kinanah, kemudian memilih Bani Hasyim dari Quraisy, kemudian Bani Abdul Mutalib dari Bani Hasyim, kemudian memilihku dari Bani Abdul Mutalib.” Muhibuddin At-Thabari berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Qasim bin Yusuf As-Sahmi, diriwayatkan juga secara ringkas oleh Muslim, At-Tirmidzi dan Abu Hatim.
5.  Dalam Kanzul Ummal 6: 108, kitab Fadhail, hadis ke 32044 disebutkan: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku adalah manusia yang paling mulia dalam garis keturunan, tapi aku tidak membanggakan. Aku adalah manusia yang paling mulia dalam kadarnya, tapi aku tidak membanggakan. Wahai manusia, sesiapa yang datang kepada kami maka kami akan datang kepadanya. Sesiapa yang memuliakan kami, maka kami akan memuliakannya. Sesiapa yang mencatat kami, maka kami akan mencatatnya. Sesiapa yang membawa mayat kami, maka kami akan membawa mayatnya. Sesiapa yang melaksanakan hak kami, maka kami akan melaksanakan haknya. Wahai manusia, hitunglah manusia sesuai dengan kadar perhitungan mereka, bergaullah dengan manusia sesuai dengan kadar agama mereka, datangilah manusia sesuai dengan kadar pemikiran mereka, dan ajaklah manusia berfikir dengan akal kamu.” Al-Muttaqi Al-Hindi mengatakan: Hadis ini diriwayatkan oleh Ad-Daylami dari Jabir dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.
6.  Dalam tafsir Ad-Durrul Mantsur, surah Al-Ahzab: 33, Jalaluddin As-Suyuthi menyebutkan: Ibnu Abbas berkata bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah membahagikan makhluk kepada dua golongan, kemudian menjadikan aku yang terbaik dari dua golongan itu. Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah: “Golongan kanan .. dan golongan kiri.” (Al-Waqi’ah: 27, 41). Aku adalah dari golongan kanan, dan golongan kanan yang terbaik. Kemudian membahagi dua golongan itu menjadi tiga golongan, dan menjadikan aku yang terbaik daripada tiga golongan itu. Inilah yang dimaksudkan oleh firman-Nya: “Iaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu. Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu. Dan orang-orang yang paling dahulu beriman, merekalah yang paling dahulu (masuk syurga).” Aku adalah dari golongan orang-orang yang dahulu beriman, dan aku yang terbaik dari golongan orang-orang yang paling dahulu beriman. Kemudian Allah menjadikan tiga golongan itu menjadi suku-suku, dan menjadikan aku yang terbaik dari suku-suku itu. Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT: “Dan Aku jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal, sesungguhnya yang paling mulia dari kalian adalah kamu yang paling bertaqwa.” (Al-Hujurat: 13). Aku adalah orang yang paling bertakwa dan paling mulia dari keturunan Adam, tetapi aku tidak membanggakannya. Kemudian Allah menjadikan suku-suku itu menjadi keluarga-keluarga, lalu Dia menjadikan aku dan keluargaku yang terbaik dari keluarga-keluaga itu. Inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah berkehendak menjaga kamu dari dosa-dosa hai ahlul bait, dan mensucikan kamu dengan sesuci-sucinya.” (Al-Ahzab: 33). Dengan demikian, maka aku dan ahlul baitku adalah orang-orang yang disucikan dari dosa-dosa.” Jalaluddin As-Suyuthi berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Hakim, At-Tirmidzi, At-Thabrani, Ibnu Mardawaih, Abu Na’im dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas.


عَنْ عَبْدِ اللهِ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
لاَ تَذْ هَبُ الدُّنْيَا حَتىَّ يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي
Dari Abdullah berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Tidak akan sirna dunia ini sampai ada seorang laki–laki dari keluargaku yg akan memimpin bangsa Arab nama sesuai dgn namaku.”
Hadits di atas diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Dawud rahimahullahu no. 4282 lihat Sunan Abu Dawud ta’liq Asy-Syaikh Albani rahimahullahu dan Al-Imam At–Tirmidzi rahimahullahu no. 2156 lihat Mausu’atul Haditsisy Syarif Al-Kutubut Tis’ah .
Hadits ini merupakan potongan dari sebuah hadits yg selengkap adl sebagai berikut:
عَنْ عَبْدِ اللهِ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ - قَالَ زَائِدَةُ فِى حَدِيْثِهِ - لَطَوَّلَ اللهُ ذَلِكَ اليَوْمَ ثُمَّ اتَّفَقُوا حَتىَّ يَبْعَثَ فِيْهِ رَجُلاً مِنِّي - أَوْ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي- يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيْهِ اسْمَ أَبِى. زَادَ فِي حَدِيْثِ فِطْرٍ: يَمْلأُ اْلأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا. وَقَالَ فِى حَدِيْثِ سُفْيَانَ: لاَ تَذْهَبُ أَوْ لاَ تَنْقَضِى الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي. قاَلَ أَبُوْ دَاوُدَ: لَفْظُ عُمَرَ وَأَبِى بَكْرٍ بِمَعْنىَ سُفْيَانَ وَلَمْ يَقُلْ أَبُوْ بَكْرٍ: الْعَرَبَ

Dari Abdullah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam: “Kalau saja tidak tersisa dari dunia ini kecuali sehari saja sungguh Allah akan memanjangkan hari tersebut sampai Allah mengutus kepada seorang lelaki dari keturunanku atau dari keluargaku. Nama sesuai dengan namaku dan nama ayah sama dengan nama ayahku.”
Terdapat tambahan pada hadits Fithr: “Yang akan memenuhi dunia dengan keadilan sebagaimana dunia telah dipenuhi dengan kezaliman dan kealiman.”
Dan berkata pada hadits Sufyan: “Tidak akan berakhir dunia ini sampai ada seorang dari keluargaku yg akan memimpin bangsa Arab nama sesuai dgn namaku.”



Dia adl Al-Mahdi keturunan dari Fathimah radhiyallahu ‘anha seperti yg tersebut dlm hadits Ummu Salamah radhiyallahu ‘anha ia berkata:
Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْمَهْدِيُّ مِنْ عِتْرَتِي، مِنْ وَلَدِ فَاطِمَةَ

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku keturunan dari Fathimah.”
Muncul perselisihan apakah Al-Mahdi itu anak keturunan dari Al-Hasan ataukah anak keturunan dari Al-Husain.
Al-Qari` dlm buku Al-Mirqah berkata: “Yang mungkin dalam hal ini adalah menggabungkan antara dua nisbah Hasan dan Husain. Yaitu dari sisi ayah ia anak keturunan Hasan dari sisi ibu ia anak keturunan Husain. Hal ini sebagai bentuk pengkiasan terhadap perkara yang terjadi pada kedua anak Ibrahim ‘alaihissalam yaitu Isma’il ‘alaihissalam dan Ishaq ‘alaihissalam di mana para nabi dari Bani Israil semua dari anak keturunan Ishaq ‘alaihissalam. Adapun Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari anak keturunan Isma’il ‘alaihissalam. Kemudian beliau menduduki suatu tempat yg mewakili segenap para nabi yg berasal dari keturunan Ishaq. Dan inilah sebaik-baik sebagai pengganti. Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam pun menjadi penutup para nabi.
Demikian pula tatkala nampak atau muncul banyak para pemimpin dan para pembesar umat dari anak-anak keturunan Husain maka Allah Subhanahu wa Ta’ala gantikan kepada Hasan dengan dianugerahkan bagi seorang anak yang menjadi penutup para wali dan menduduki tempat yang mewakili segenap orang-orang pilihan yang berasal dari keturunan Husain. Pendapat lain mengatakan tatkala beliau mengundurkan diri dari kekhalifahan Allah Shallallahu ‘alaihi wa sallam anugerahkan kepada beliau tanda kekuasaan yang menyeluruh. Maka sisi keserasian secara menyeluruh adalah nisbah ke-Imam Mahdi-an disetarakan dengan kenabian. Dan kedua sepakat untuk menjunjung tinggi kalimat millah nabawiyyah .
Dan yang lebih memperjelas dari perkara ini adalah hadits ‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu dari jalan Abu Ishaq ia berkata: ‘Ali bin Abi Thalib berkata –sambil melihat kepada putra Al-Hasan–: “Sesungguh anakku ini sayyid sebagaimana yang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah menamainya. Dan akan lahir dari keturunan seorang lelaki yang akan dinamai seperti nama nabi kalian. Ia menyerupai nabi kalian dalam hal fisik namun berbeda dalam hal sifat.’ Kemudian beliau mengisahkan bahwa ia akan memenuhi dunia dengan keadilan.
Walaupun hadits ini lemah namun terdapat hadits-hadits shahih yang menunjukkan keutamaan Al-Hasan di atas keutamaan Al-Husain.
Di antaranya ialah :

ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ وَلَعَلَّ اللهَ أَنْ يُصْلِحَ بِهِ بَيْنَ فِئَتَيْنِ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

“Anakku ini adalah sayyid dan semoga Allah akan mendamaikan dengan dua kelompok dari kalangan muslimin.”
Makna ucapan Nabi: يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي yakni يُوَافِقُ وَيُطَابِقُ اسْمُهُ اسْمِي.
Erti nama sesuai dengan namaku yaitu Muhammad bin Abdillah. Pada kalimat ini terdapat bantahan yang jelas terhadap kaum Syi’ah Rafidhah dari sekutu Al-Imamiyyah atau Itsna Atsariyyah yang berpendapat bahwa orang yang ditunggu ialah Muhammad bin Al-Hasan Al-‘Askari. Makna ucapan Nabi: لاَ تَذْهَبُ adalah
 لاَ تَفْنَى erti tidak akan musnah atau binasa .
Adapun makna ucapan :  حَتَّى يَمْلِكَ العَرَب
Erti akan memimpin bangsa Arab. Dikhususkan penyebutan bangsa Arab kerana mereka yang menjadi asal mula keturunan manusia dan yang paling mulia.
Hadits di atas menyebutkan bahwa muncul Al-Imam Al-Mahdi sebagai salah satu tanda hari kiamat seperti yang disebutkan oleh Al-Khathib At-Tibrizi Muhammad bin Abdillah dlm kitab Misykatul Mashabih bab Asyrathus Sa’ah Al-Fashlu Ats-Tsani no. hadits 5452. Hadits di atas juga menerangkan dengan jelas bahwa Al-Imam Al-Mahdi yang akan muncul ialah seorang lelaki keturunan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam atau dari keluarga beliau yaitu dari keturunan Fathimah dari keturunan Hasan. Nama dan nama ayah sama dengan nama dan nama ayah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ia menyerupai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dari sisi fisik namun tidak sama dalam sifat.